Haji : Apakah itu Haji?
Haji adalah satu daripada Rukun Islam yang diwajibkan keatas umat Islam. “Haji” bermaksud mengunjungi Baitul Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu.
Disebut dalam Surah Al-Imran ayat 96:
"Sesungguhnya rumah pertama
yang dibangun untuk peribadatan manusia adalah yang ada di Mekah, yang penuh berkat dan menjadi petunjuk bagi semesta alam."
Apakah itu Badal Haji?
Badal ertinya ’Ganti’,
’Pengganti’ atau ’yang digantikan’. Oleh itu Badal Haji adalah ’menggantikan
orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu’
seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun
Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:
“Di sana terdapat ayat-ayat
yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim, dan sesiapa yang memasukinya amanlah dia. Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan; dan sesiapa yang kafir (engkar), sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam.”
Apakah hukum Syara’ ke
atas Badal Haji?
Sesiapa yang berupaya mengerjakan Haji dan
kemudian ada sesuatu yang menahan dari mengerjakan Haji, di sebabkan oleh
penyakit, usia tua (uzur) atau kematian, harus mengupah seseorang untuk
mengerjakan Badal Haji bagi pihaknya.
Bagaimanakah anda
sekeluarga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Badal Haji?
Perkhidmatan ini ditawarkan untuk semua
para peserta Islam yang menyertai dalam rangkaian produk HLM Takaful.
Dengan Badal Haji, peserta Islam HLM
Takaful dapat memenuhi Rukun Islam walaupun dalam keadaan kematian atau
keilatan kekal.
Bagaimana Badal Haji dilaksanakan?
Inisiatif ini akan diuruskan oleh TH
Travel & Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung
Haji dalam melantik individu yang layak bagi mengerjakan Badal Haji bagi pihak
peserta HLM Takaful.
TH Travel & Services Sdn. Bhd. akan
melantik individu yang layak mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta HLM
Takaful. Badal Haji akan dijalankan semasa musim Haji selaras dengan senarai
giliran nama.
Badal Haji yang
ditawarkan oleh HLM Takaful
Di HLTM Takaful, kami menawarkan
perkhidmatan Badal Haji (upah haji) apabila
berlaku Kematian atau Keilatan Kekal kepada
peserta.
Apakah syarat-syarat menyertai Badal Haji?
1.Menyertai mana-mana skim HLM Takaful
2.Isi borang Badal Haji
3.Mencalonkan seorang Penama
(syarat penama adalah berumur 18 tahun keatas).
Apa yang akan diterima oleh Penama?
Penama akan menerima sijil dari TH Travel & Services Sdn. Bhd. sebagai bukti Badal Haji telah dilaksanakan
.
Adakah manfaat yang
dibayar kepada Penama tertakluk kepada hukum Faraid?
Manfaat yang dibayar kepada Penama adalah
tidak tertakluk kepada Hukum Faraid sehingga penama/ pewaris telah
menyelesaikan semua hutang, urusan pengebumian, zakat serta mana-mana
pembayaran yang disyariatkan oleh Syara’. Hanya baki dari manfaat tersebut akan
tertakluk kepada hukum Faraid.
Adakah Penama boleh
menolak proses melaksanakan pembayaran untuk Badal Haji?
Kebenaran yang diberi oleh penama di dalam
borang adalah suatu ikatan kontrak di bawah Akta Kontrak Malaysia 1950 dan
perlu dipatuhi. Ketidakpatuhan terhadap kontrak membawa kepada keingkaran dalam
pelaksanaan kontrak.

No comments:
Post a Comment