Wednesday, 9 April 2014

Syarikat Takaful pertama tawar Badal Haji


Haji : Apakah itu Haji?

Haji adalah satu daripada Rukun Islam yang diwajibkan keatas umat Islam. “Hajibermaksud mengunjungi Baitul Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu.

Disebut dalam Surah Al-Imran ayat 96:   
 
"Sesungguhnya rumah pertama yang dibangun untuk peribadatan manusia adalah yang ada di Mekah, yang penuh berkat dan menjadi petunjuk bagi semesta alam."

Apakah itu Badal Haji?

Badal ertinya ’Ganti’, ’Pengganti’ atau ’yang digantikan’. Oleh itu Badal Haji adalah ’menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu’ seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:    
“Di sana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim, dan sesiapa yang memasukinya amanlah dia. Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan; dan sesiapa yang kafir (engkar), sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam.”

Apakah hukum Syara’ ke atas Badal Haji?


Sesiapa yang berupaya mengerjakan Haji dan kemudian ada sesuatu yang menahan dari mengerjakan Haji, di sebabkan oleh penyakit, usia tua (uzur) atau kematian, harus mengupah seseorang untuk mengerjakan Badal Haji bagi pihaknya.

Bagaimanakah anda sekeluarga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Badal Haji?

Perkhidmatan ini ditawarkan untuk semua para peserta Islam yang menyertai dalam rangkaian produk HLM Takaful.

Dengan Badal Haji, peserta Islam HLM Takaful dapat memenuhi Rukun Islam walaupun dalam keadaan kematian atau keilatan kekal.

Bagaimana Badal Haji dilaksanakan?

Inisiatif ini akan diuruskan oleh TH Travel & Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji dalam melantik individu yang layak bagi mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta HLM Takaful.

TH Travel & Services Sdn. Bhd. akan melantik individu yang layak mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta HLM Takaful. Badal Haji akan dijalankan semasa musim Haji selaras dengan senarai giliran nama.

Badal Haji yang ditawarkan oleh HLM Takaful
Di HLTM Takaful, kami menawarkan perkhidmatan Badal Haji (upah haji) apabila berlaku Kematian atau Keilatan Kekal kepada peserta.

Apakah syarat-syarat menyertai Badal Haji?

1.Menyertai mana-mana skim HLM Takaful
2.Isi borang Badal Haji
3.Mencalonkan seorang Penama
(syarat penama adalah berumur 18 tahun keatas).

Apa yang akan diterima oleh Penama?

Penama akan menerima sijil dari TH Travel & Services Sdn. Bhd. sebagai bukti Badal Haji telah dilaksanakan .

Adakah manfaat yang dibayar kepada Penama tertakluk kepada hukum Faraid?
Manfaat yang dibayar kepada Penama adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid sehingga penama/ pewaris telah menyelesaikan semua hutang, urusan pengebumian, zakat serta mana-mana pembayaran yang disyariatkan oleh Syara’. Hanya baki dari manfaat tersebut akan tertakluk kepada hukum Faraid.

Adakah Penama boleh menolak proses melaksanakan pembayaran untuk Badal Haji?

Kebenaran yang diberi oleh penama di dalam borang adalah suatu ikatan kontrak di bawah Akta Kontrak Malaysia 1950 dan perlu dipatuhi. Ketidakpatuhan terhadap kontrak membawa kepada keingkaran dalam pelaksanaan kontrak.


Insurans Konvensional vs Takaful









Medic Pro (Kad Perubatan)


Antara faedah yang diberikan:


  •  Pelan penjagaan yang menyeluruh
  • Had tahunan yang tinggi (Min RM 75 000)
  • Had hayat yang tinggi (Min RM 300 000)
  • Perkhidmatan Bantuan Perubatan & Kecemasan (Min RM 150 000)
  • TIADA KO-TAKAFUL/KO-PEMBAYARAN
  • Perkhidmatan perubatan dan bantuan kecemasan 24 jam
  • Pengecualian cukai
  •  Antara manfaat yang disediakan:
a.       Bilik hospital & makan (sehingga 150 hari bagi SETIAP DISABILITI)
b.      Elaun tunai harridan bg kemasukan hospital akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Malaysia (sehingga 150 hari bagi SETIAP DISABILITI)
c.       Elaun tunai harian di hospital kerajaan (sehingga 60 hari bagi SETIAP DISABILITI)
d.      Unit rawatan rapi (sehingga 75 hari bagi SETIAP DISABILITI)
e.      Perbelanjaan penginapan (sehingga 150 hari bagi SETIAP DISABILITI)
f.        Ujian diagnosis Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum penghospitalan)
g.       Rundingan Pakar Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum penghospitalan)
h.      Rawatan Susulan selepas penghospitalan (dalam tempoh 60 hari selepas keluar dari hospital)
i.         Rawatan pesakit luar bagi Kemalangan dan Kecemasan (dalam tempoh 30 hari berikutan rawatan kecemasan sedemikian)
j.        Rawatan pergigian bagi kemalangan dan kecemasan
k.       Rawatan fisioterapi pesakit luar
l.         Rawatan kanser pesakit luar
m.    Rawatan dialysis pesakit luar
n.      Penjagaan kejururawatan di rumah (hingga 180 hari untuk sepanjang hayat)


HLMT i-Save

Antara pelan peribadi yang disediakan:

HLMT i-Save:


  1. Perlindungan (Kematian, Ilat Kekal, Sakit Kritikal)
  2. Simpanan (bermula dari TAHUN PERTAMA pelaburan peserta)
  3. Badal Haji (bernilai RM 2500, percuma)
  4. Waqaf Al-Quran (bernilai RM 500, percuma)
  5. Qurban (bernilai RM 750 @ mengikut harga pasaran semasa, percuma)
  6. Penamaan waris percuma
  7. Bebas cukai
  8. Sumbangan Minima RM50/bulan
  9. Kelayakan peserta: Umur min 30 hari, Umur max 60 tahun
  10. Keuntungan pelaburan peserta 100% pemilikan
  11. Pengeluaran simpanan berulang dibenarkan
  12. Bersih dari riba dan ketidakpastian
  13. Untuk menikmati manfaat tambahan, anda boleh menambah rider-rider yang dibenarkan pada pelan ini. Antaranya:
a.      Medic Pro (Kad Perubatan)
b.      Hospital Income Benefit
c.       Waiver of Contribution
d.      Term Rider (Pembayar / Peserta)
e.      Accidental Death and Dismemberment
f.        Critical Illness
g.       Etc